Pemandu lori ke mahkamah, cederakan isteri
AYER KEROH 4 Dis. – Padah mencederakan isterinya, seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Tertuduh, Muhammad Fais Borhan, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya yang berusia 32 tahun atas sebab bangkitan marah, dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Cheng, kira-kira jam 2 pagi, pada 2 Disember lalu.
Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua- duanya jika sabit kesalahan.
Prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari mencadangkan jaminan RM4,000 diberikan kepada tertuduh.
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam merayu agar jumlah jaminan rendah dibenarkan dengan alasan mempunyai tangungan tiga anak.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin selain memerintahkan tertuduh tidak mendekati mangsa sehingga kes selesai selain menetapkan 6 Januari depan tarikh sebutan semula kes.
Views:
Related
Berita Lain
LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONG KITA MERIAH
DUYONG 22 Disember - Kira-kira 10,000 orang membanjiri Padang Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit bagi menjayakan Larian Budaya Antarabangsa Duyong...
MIHF’24 MEDAN BANTU USAHAWAN TEMPATAN DAPAT SIJIL HALAL
AYER KEROH 22 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi MAIM Holdings Berhad mendekati dan membantu usahawan tempatan mendapatkan...
MELAKA TAWAR DIRI JADI TUAN RUMAH KEJOHANAN RALI ASIA PASIFIK
ASAHAN 21 Disember - Melaka sedia menjadi tuan rumah Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...
MIHF’24: ANGKAT MARTABAT ‘FESYEN SANTUN’
AYER KEROH 21 Disember - Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 menjadi medan buat pereka fesyen melebarkan rekaan busana fesyen...
IKAN APA JUARA DI TASIK AYER KEROH ESOK?
AYER KEROH 21 Disember - Ratusan kaki pancing bakal berkampung di Tasik Ayer Keroh, di sini, bersempena Cabaran Joran Melaka...
BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIM AMAT BERMAKNA
BUKIT KATIL 21 Disember - "Tanpa bantuan persekolahan ini memang sukar dan buntu untuk kami kumpul wang membeli kelengkapan serta...