LEBIH RM7 JUTA SELENGGARA SRA JAIM

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

TELOK MAS 23 September – Lebih RM7 juta diperuntukkan untuk kerja naik taraf dan penyelenggaraan kemudahan di Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (MAIM) bagi tahun ini.

Mengulas lanjut, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, jumlah peruntukan itu disalurkan ke 149 SRA JAIM seluruh Melaka.

“Pada tahun ini Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah meluluskan dan menyalurkan bantuan peruntukan bagi projek selenggara serta naik taraf institusi pendidikan sekolah Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) seluruh negara.

“Sebanyak RM7.41 juga diluluska untuk 149 SRA JAIM, peruntukan diterima ini termasuklah bagi membina kemudahan tapak perhimpunan berbumbung membabitkan kos RM50,000 di SRA JAIM Al-Qusyairi Kampung Tersusun, Bukit Larang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Al-Qusyairi Kampung Tersusun, Bukit Larang, hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil serta Pengarah JAIM, Datuk Badaruddin Mohd Kassim.

Rahmad yang juga Adun Ayer Molek berkata, sementara itu menerusi peruntukan Kerajaan Negeri pula sebanyak lima buah SRA JAIM berjaya dibina dalam tempoh empat tahun.

“Dalam tempoh 2021 sehingga 2024 Kerajaan Negeri dengan sokongan daripada Kerajaan Persekutuan telah berjaya membina lima buah SRA JAIM.

“Disamping itu juga, Kerajaan Negeri menerusi MAIM dibawah peruntukan Asnaf Fi Sabilillah telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan tahunan kepada kesemua sekolah ini.

“Ia termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) rendah dan menengah serta Tadika JAIM dengan membabitkan jumlah keseluruhan peruntukan hampir RM4 juta setiap tahun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

93
Kongsi :
Previous post MPJ ATUR SISTEM PENGGILIRAN LEBIH SISTEMATIK, KAUNTER KEKAL DIBUKA WAKTU REHAT
Next post CUAI MASUKKAN GAMBAR, EMPAT PEGAWAI JAIM DIKENAKAN TINDAKAN
Ubah saiz-+=