CUTI SEKOLAH: LEBIH 3,000 TEBUS TIKET PERCUMA DI ZOO MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 24 September – Lebih 3,000 pemegang MyKad ’04’, ’30’ dan pemastautin menebus guna tiket percuma untuk masuk ke Zoo Melaka bagi tempoh dua minggu bermula 1 hingga 19 September lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata peningkatan mendadak penebusan itu disebabkan ramai rakyat Melaka yang mengambil kesempatan untuk bersantai bersama keluarga sepanjang cuti sekolah minggu lalu.

Katanya, ramai ibu bapa dalam kalangan rakyat Melaka mengambil kesempatan membawa anak-anak bercuti dalam negeri dengan menebus ‘hadiah’ daripada Kerajaan Negeri.

“Kita dapati pemegang MyKad 04 dan 30 ini ramai membuat penebuan pada cuti sekolah. Pada 17 September lepas lebih 600 pengunjung masuk ke Zoo Melaka secara percuma, kita dapati bukan sahaja golongan ibu bapa dan anak-anak, orang muda juga tidak lepaskan peluang

“Secara keseluruhan bagi 19 hari itu kita menerima 3,043 kemasukan percuma membabitkan anak Melaka dan permastautin,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Untuk rekod, Zoo Melaka hanya membuka kuota 1,000 pengunjung setiap hari bagi penebusan tiket percuma sehingga 31 Disember ini.

Tiket berkenaan merupakan ‘hadiah’ diberikan Kerajaan Negeri kepada rakyat Melaka memegang kad pengenalan ’04’ dan ’30’ serta permastautin sempena sambutan Hari Jadi Ke-75 Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bermula 24 Ogos lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

81
Kongsi :
Previous post MENGAKU MERASUAH POLIS, PENJUAL ULAM DIDENDA RM2,000
Next post IBU SAKSI DUA ANAK MAUT DEPAN MATA
Ubah saiz-+=