BERI BELIA PELUANG KONGSI ASPIRASI

Masa Membaca:45 Saat

AYER KEROH 23 September – Anak muda seluruh Melaka dipelawa untuk berkongsi dan menyatakan aspirasi mereka bagi diteliti serta diperhalusi oleh Kerajaan Negeri.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka, Mohamad Mazlan Anis menerusi satu kenyataan memaklumkan, orang muda boleh memberikan maklumbalas mengenai aspirasi mereka menggunakan kod ‘QR’ Aspirasi Anak Muda Negeri Melaka yang diwujudkan pada Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2024 yang lalu.

“Tujuan kami adalah mahu mendapatkan seberapa banyak aspirasi, cadangan, pandangan serta idea anak muda seluruh Negeri Melaka.

“Orang muda boleh memberikan maklumbalas bagi pengumpulan data Aspirasi Anak Muda Negeri Melaka 2024 ini yang merangkumi pelbagai aspek sebelum 30 September ini,” katanya.

Whatsapp Image 2024 09 23 At 12.08.45 Pm

Bagi 30 pandangan aspirasi (idea dan pandangan terbaik) berpeluang untuk menghadiri sesi ‘hi tea’ bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan bagi sebarang pertanyaan lanjut anak muda boleh menghubungi talian 06-2345900/01.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

55
Kongsi :
Previous post MENU RM10 INISIATIF BAGUS – KPDN
Next post ‘TUNAIKAN IMPIAN KELUARGA’
Ubah saiz-+=