
WANITA WARGA EMAS TINGGAL SENDIRIAN DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata kematian wanita berusia 69 tahun itu dimaklumkan oleh anak saudara lelakinya di Balai Polis Masjid Tanah kira-kira 8.45 pagi.
“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa yang tinggal seorang diri di rumah berkenaan ditemukan terbaring di atas lantai beralaskan bantal dan setengah badan ditutupi kain selimut selain turut ditemukan sebilah gunting.
“Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kemudiannya membuat siasatan lanjut dan turut menggunakan khidmat anjing pengesan Unit K9 untuk membuat pencarian di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan proses pengecaman oleh ahli keluarga.
Hasil bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...