Sorting by

×

JOM ‘WALKATHON’ BERSAMA ANAK AUTISME

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 22 September – Orang ramai dipelawa menyertai acara jalan santai, Autism Walkathon 2024 di Taman Bandaraya Bukit Serindit, 12 Oktober ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, program itu diadakan sebagai tanda sokongan kepada anak-anak istimewa.

Selain itu, katanya, ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai anak autisme di negara ini.

“Autism Walkathon 2024 ini merupakan anjuran Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) Melaka dengan yuran penyertaan RM60 sahaja.

“Ia terbuka kepada orang awam, pelajar, peminat acara larian, ibu bapa dan lain-lain, di mana acara pelepasan adalah pada jam 7.30 pagi pada 12 Oktober nanti.

“Jadi saya mempelawa rakan-rakan atau masyarakat di luar sana untuk sertai program ini sebagai tanda kasih dan cinta kita pada mereka (anak autisme),” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Img 20240921 Wa0038

Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, pendaftaran sudah mula dibuka sejak 16 Ogos lalu dan berakhir pada 26 September ini.

“Setiap peserta akan diberikan baju eksklusif program, lapel pin, makanan dan e-sijil penyertaan, orang ramai juga boleh imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

125
Kongsi :
Previous post ‘HARI BAHAGIA TIBA LEBIH AWAL’
Next post MINGGU SAINS PADA OKTOBER
Ubah saiz-+=