MELAKA PANTAU GERAK-GERI GISBH

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BANDARAYA MELAKA 21 September – Pemantauan berterusan dilakukan Kerajaan Negeri menerusi agensi agama Islam keatas premis yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings (GISBH).

Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rosli Abdullah, berkata, ia dilakukan susulan kumpulan itu dikaitkan dengan ajaran sesat, selain didakwa menanam doktrin ketaasuban dalam kalangan ahli.

Menurut Rosli, Kerajaan Negeri tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana gerakan yang menyimpang daripada ajaran Islam di negeri ini.

“Seperti semua sedia maklum hal ini dalam tindakan dan sedang disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Namun begitu, di pihak agensi agama kita juga ada jalankan tindakan dengan melakukan pemantauan secara berterusan keatas gerakan dan premis yang dipercayai ada kaitan dengan entiti itu,” katanya kepada Melaka Hari Ini pada Majlis Pernikahan dan Walimatulurus Mualaf Siri 2 Tahun 2024M/1446H, di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Sementara itu, pagi tadi, media melaporkan, satu serbuan telah dilakukan Polis Kontinjen Melaka ke atas 15 premis milik rangkaian syarikat GISBH di negeri ini.

Serbuan itu dilakukan di rumah kediaman ahli, rumah amal pertubuhan, restoran, kedai langsir, pasar mini, kedai bakeri, kilang dan pejabat pengurusan membabitkan kesemua tiga daerah di negeri ini.

Difahamkan, operasi bermula jam 7 pagi itu turut disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

207
Kongsi :
Previous post CADANG KOTA LAKSAMANA JADI BANDAR BAHARU MELAKA
Next post 285 BUKTI BERKAIT AJARAN AL-ARQAM DITEMUI DI MELAKA
Ubah saiz-+=