BISTARI BERSAMA BANGUNKAN UMAT ISLAM DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

REMBIA 21 September – Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka (BISTARI) sentiasa memberikan kerjasama dalam membangunkan umat Islam di negeri ini.

Pengerusi BISTARI, Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab. Aziz berkata, ia bagi memastikan syiar Islam dapat terus disuburkan di bumi Melaka.

“Semoga seluruh umat Islam di negara ini khususnya di Melaka diberikan kekuatan untuk bersama menangani isu berkaitan umat Islam dan menggunakan platform yang ada untuk membantu membangunkan umat Islam.

“Justeru dengan sambutan Maulidur Rasul tahun ini, kita dapat membesarkan lagi agama Islam, ini kerana Rasulullah SAW umpama simbol bagi agama Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul BISTARI Negeri Melaka 1446 Hijrah ‘Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI di Dewan Kompleks Japerun Rembia, di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Fairul Nizam Roslan; ahli-ali BISTARI dan penceramah jemputan, Ustaz Datuk Dr. Izhar Arif.

Pada majlis itu turut diadakan penyampaian sumbangan kepada 20 penerima yang memerlukan dalam DUN Rembia.

Mengulas lanjut, Zuriyah berharap menerusi majlis itu masyarakat Islam dapat mengenang perjuangan Baginda Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah Islamiah.

“Ini kerana hasil perjuangan dan pengorbanan para sahabat baginda, hari ini kita dapat mengecapi nikmat iman dan Islam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

127
Kongsi :
Previous post LALUAN UDARA, LAUT DI MELAKA ‘SIBUK’ BERMULA OKTOBER
Next post CADANG KOTA LAKSAMANA JADI BANDAR BAHARU MELAKA
Ubah saiz-+=