PERUBAHAN CUACA: BERHATI-HATI KETIKA BERIADAH – KM

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

TANJUNG BIDARA 21 September – Pelancong mahupun pengunjung yang bertandang ke pantai dari Tanjung Bidara hingga ke Pengkalan Balak, dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada ketika beriadah susulan ketidaktentuan cuaca berlaku ketika ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pengunjung dinasihatkan supaya peka dengan perubahan cuaca semasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Ab Rauf berkata, ibu bapa khususnya diminta tidak leka dan sentiasa memantau pergerakan anak-anak serta menjadikan kejadian pengunjung hampir lemas di Pengkalan Balak, Ahad lalu sebagai iktibar.

“Sepanjang musim cuti sekolah sudah pasti ramai membawa anak-anak ke kawasan peranginan untuk beriadah, dalam kita bergembira saya ingatkan kepada semua agar sentiasa berhati-hati, jangan sampai berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Bersama-sama kita menjaga kesejahteraan dan kelestarian pantai di kawasan ini dan sayangi keluarga kita, sayangi diri kita,” kata Ketua Menteri yang ditemui selepas turun padang meninjau kesan hakisan sekitar Pengkalan Balak, petang semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Terdahulu Ketua Menteri meluangkan masa kira-kira dua jam meninjau kesan hakisan selain menyantuni penduduk serta peniaga yang terkesan akibat kejadian ribut di Pengkalan Balak, Selasa lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

74
Kongsi :
Previous post TANGANI SEGERA HAKISAN PANTAI PENGKALAN BALAK – KM
Next post PROMOSI I-WAQAF DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM
Ubah saiz-+=