
PENIAGA MAKANAN RUGI RM200,000 DIPERDAYA SINDIKET PELABURAN TIDAK WUJUD
JOHOR BAHRU 20 September – Seorang peniaga makanan kerugian RM200,000 selepas mendakwa terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud pada pertengahan Ogos lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam DSP Dr Mohd Roslan Mohd Tahir berkata lelaki berusia 46 tahun itu terlihat iklan pelaburan di Facebook yang menawarkan keuntungan RM100,000 dalam tempoh dua hari bagi modal RM10,000.
Beliau berkata mangsa dikatakan hanya perlu membuat bayaran ke atas akaun yang diberikan dan menunggu pulangan wang.
“Mangsa yang tertarik dengan kaedah mudah dan komisen tinggi itu kemudiannya telah melakukan lima transaksi pembayaran ke atas akaun sebuah syarikat berjumlah RM200,000 pada 3 hingga 15 Sept lepas bagi mendapatkan keuntungan yang banyak.
“Bagaimanapun, mangsa berasa ditipu apabila tidak menerima keuntungan dijanjikan dengan diberikan pelbagai alasan, sebaliknya dia diarahkan untuk membuat lagi bayaran tambahan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata susulan itu, mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...
KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI
REMBIA 21 April - Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUNGAI RAMBAI, KEMBALIKAN NOSTALGIA BERAYA DI KAMPUNG
SUNGAI RAMBAI 21 April - Pemilihan rumah tradisional Melayu lama sebagai tapak penganjuran, menghidupkan kembali nostalgia menyambut hari raya di...
RV PARK TETC LENGKAP DENGAN KEMUDAHAN, ANTARA YANG TERBAIK DALAM NEGARA
RIM 21 April - Pelbagai kemudahan asas yang lengkap menjadikan Taman Kenderaan Rekreasi (RV Park) di Taman Extreme Tasik Chinchin...
LEBIH 5,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN REMBIA
REMBIA 20 April - Lebih 5,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Kompleks Japerun...
SISTEM KEMASUKAN KE MRSM, SBP AKAN DISELARAS MULAI JANUARI TAHUN DEPAN – TPM AHMAD ZAHID
LENGGONG 20 April - Sistem kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan diselaraskan mulai...