MELAKA RIUH DENGAN BERMACAM PROGRAM

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 20 September – Aura Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) menjadikan negeri ini sebagai lokasi pilihan bagi penganjuran pelbagai program dan majlis berprestij.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, apa yang lebih membanggakan apabila Melaka bukan sahaja dipilih sebagai lokasi penganjuran  peringkat negeri malah turut menjadi tuan rumah kepada banyak program bertaraf nasional dan antarabangsa.

“Sejak bermulanya TMM2024 Negeri Melaka tidak pernah sunyi daripada pelbagai program, aktiviti dan sambutan bukan sahaja diperingkat negeri malah peringkat persekutuan.

“Misalnya Program Mini Karnival Usahawan Desa @Festival D’ Bendang anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Majlis Penutup Latih Amal Keselataman Menyeluruh ( Ex COMSEC) Peringkat Nasional yang melibatkan 33 agensi.

“Kedua-dua program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi,” kata Ketua Menteri ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan  September 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan dan agensi serta para penjawat awam Negeri Melaka.

Menurut Ab Rauf, antara penganjuran program yang memberi impak kedatangan pengunjung dalam skala besar adalah Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Ke-67 pada 31 Ogos lalu.

“Menerusi program ini Melaka telah digamatkan dengan himpunan lebih 50,000 pengunjung dan saya amat berbangga melihat suasana ceria ini ditambah dengan semangat seluruh rakyat Melaka meraikan sambutan meskipun dalam cuaca yang tidak menentu.

“Malah sambutan Melaka Bila Larut Malam edisi khas sempena Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos turut merekodkan lebih 10,000 pengunjung dan pelancong,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

62
Kongsi :
Previous post MELAKA REKOD 10.16 JUTA PENGUNJUNG SETAKAT OGOS
Next post JAUHI TIGA PENYAKIT JEJAS WIBAWA PENJAWAT AWAM
Ubah saiz-+=