JOM JADI HERO KEBERSIHAN

Masa Membaca:53 Saat

AYER KEROH 20 September – Orang ramai dipelawa menjadi ‘Hero Kebersihan’ dengan menyertai World Cleanup Day (WCD) 2024 pada 27 September ini di sekitar Dataran Sejarah Ayer Keroh dan Zoo Melaka.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata, peserta juga berpeluang mengembara secara ‘Neon Experience’ di Zoo Melaka secara percuma.

“Mereka hanya perlu membawa sisa yang boleh dikitar semula seperti sisa 3R (kurangkan penggunaan, guna semula dan kitar semula), sisa elektronik dan sisa fabrik.

“Pastikan tidak terlepas untuk mendaftar sebagai ‘Hero Kebersihan’ di https://sukarelawan.swcorp.my dan klik untuk menyertai di Dataran Sejarah.

“Upacara ‘flag off’ akan diadakan pada jam 9 malam di Dataran Sejarah Ayer Keroh, peserta juga boleh mengimbas kod QR yang disediakan seperti di poster hebahan,” katanya.

Sapiah berkata, WCD merupakan program global tahunan sejak 2018 bertujuan untuk menangani masalah sisa pepejal termasuk sisa di laut melibatkan aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan.

“Pengauditan sisa akan dijalankan bagi mendapat kan jumlah sisa mengikut jenis yang akan dilaporkan di peringkat global,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

92
Kongsi :
Previous post BAJET 2025: ANAK MUDA CADANG MELAKA PERKENAL BAUCAR BUKU
Next post MELAKA LANJUTKAN INISIATIF PARKIR PERCUMA SEMINGGU LAGI
Ubah saiz-+=