
ACARA MENARIK SETIAP BULAN DI MENARA TAMING SARI
AYER KEROH 19 September – Menara Taming Sari Berhad (MTSB) fokus untuk menganjurkan sekurang-kurangnya satu acara pada setiap bulan sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Ketua Pegawai Eksekutif MTSB Nasrul Ahmad berkata, inisiatif itu bagi memastikan MTSB mencapai sasaran seramai 700,000 pengunjung sehingga hujung tahun ini.

“Setakat ini (14 September) sudah lebih 400,000 pengunjung menaiki menara kita, manakala pada hujung Julai lalu kita merekodkan seramai 330,000 pengunjung menggunakan perkhidmatan ini.
“Insya-Allah kita boleh mencapai sasaran ini kerana biasanya pada Oktober, November dan Disember kehadiran pengunjung ke Melaka sangat memberangsangkan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Nasrul pihaknya sentiasa berusaha menyumbang kehadiran pengunjung atau pelancong ke negeri ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti bermanfaat pada hujung minggu.
“Ini salah satu usaha MTSB bagi membantu Kerajaan Negeri mencapai sasaran seramai 18 juta pelancong ke Melaka pada tahun ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LULUS LEBIH 200 LESEN JUAL BUNGA API, MERCUN
AYER KEROH 13 Mac - Lebih 200 permit atau lesen menjual bunga api termasuk mercun dikeluarkan Polis Melaka kepada peniaga...
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....