KEMBARA SIHAT BERSAMA DIDI & FRIENDS DI MELAKA TARIK 20,000 PENGUNJUNG

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 17 September – Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Negeri Melaka dan Kembara Sihat Sejahtera HePiLI Bersama Didi & Friends Zon Selatan berlangsung meriah apabila dihadiri kira-kira 20,000 pengunjung.

Sambutan yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, pada 13 hingga 15 September lalu padat dengan pelbagai pengisian menarik.

Antaranya demonstrasi kebersihan dan kesihatan, persembahan muzikal Didi & Friends, ceramah kesihatan, persembahan kebudayaan, acara sukan dan pameran menarik.

Program Kembara Sihat Sejahtera HePiLI Bersama Didi & Friends adalah bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sejak usia kanak-kanak terhadap pembudayaan hidup sihat di samping salah satu usaha dalam menyalurkan maklumat kesihatan secara edutainment (didik hibur).

Kembara Zon Selatan itu telah bermula dengan sesi Meet & Greet yang diadakan pada 9 dan 11 September lalu melibatkan dua buah sekolah di negeri Johor dengan penglibatan seramai 2,500 orang murid.

Antara informasi yang diberi fokus adalah seperti Tak Nak Merokok dan Vape, Minda Sihat serta pelbagai lagi tingkah laku kesihatan yang diketengahkan.

Selain sambutan peringkat negeri di MITC, sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera itu turut diperluaskan hingga ke peringkat daerah dengan penglibatan pelbagai agensi berkaitan.

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka selaku agensi pelaksana sambutan berkenaan berharap sambutan yang diadakan itu dapat meningkatkan kesedaran rakyat untuk menerapkan amalan gaya hidup sihat dan menjadikan budaya kelaziman dalam kehidupan seharian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

166
Kongsi :
Previous post AGONG LAWAT CHINA, LEMBARAN BAHARU HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA-CHINA
Next post KKM KESAN SATU KES POSITIF MPOX – KP KESIHATAN
Ubah saiz-+=