NELAYAN MELAKA BERJIWA PATRIOTIK

Masa Membaca:50 Saat

TANJUNG BIDARA 15 September – Perairan Tanjung Bidara kembali meriah apabila diwarnai dengan perarakan 57 buah bot nelayan yang dihiasi Jalur Gemilang.

Ia bersempena Pesta Pantai Tanjung 2024 yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini.

Perarakan bot-bot itu telah disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Pada majlis itu juga, Ketua Menteri telah menyampaikan sumbangan berupa jaring dan saguhati kepada nelayan terlibat.

Ab Rauf dalam ucapan perasmian Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024 turut memaklumkan bakal menganjurkan himpunan bot nelayan terbesar sempena sambutan Hari Malaysia tahun depan.

Jelas beliau, himpunan dan perarakan itu dijangka bakal membabitkan lebih 500 bot nelayan seluruh Negeri Melaka di Pantai Tanjung Bidara.

“Selain himpunan dan perarakan, kita juga akan menyampaikan sumbangan kepada golongan nelayan di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

138
Kongsi :
Previous post SILAT, WUSHU, SILAMBAM ‘GEGAU’ MENARA TAMING SARI
Next post PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA JADI ACARA TAHUNAN
Ubah saiz-+=