
MI GORENG ISTIMEWA AIR TANGAN KETUA MENTERI
TANJUNG BIDARA 15 September – Selain mempunyai visi luar biasa dalam mentadbir Negeri Melaka, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh turut mempunyai bakat dalam memasak.
Bakat tersebut diserlahkan pada Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024, di sini, hari ini.
Ab Rauf menunjukkan kemahirannya memasak mi goreng istimewa, sambil diiringi Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan lain-lain kenamaan.
Demonstrasi memasak itu turut disaksikan ribuan pengunjung yang hadir bagi memeriahkan pesta yang julung kali diadakan itu.
Selesai memasak, Ab Rauf kemudiannya menyaksikan gotong-royong Kenduri Rakyat DUN Tanjung Bidara.
Seekor lembu ditumbangkan untuk menjamu orang ramai yang hadir, selain pelbagai lagi hidangan lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
