Sorting by

×

BELACAN MELAKA PILIHAN ZIANA ZAIN

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

TANJUNG BIDARA 15 September – Produk identiti Melaka iaitu belacan yang diperbuat di Tanjung Kling menjadi pilihan setiap kali penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain pulang ke kampung halamannya di Merlimau.

Mesra dengan panggilan Kak Gee, pelantun lagu Madah Berhelah itu berkata belacan Melaka menjadi pilihannya dan keluarga untuk dijadikan ramuan dalam masakan.

“Kalau balik kampung saya mesti cari belacan Melaka yang ada di Tanjung Kling, belacan Melaka tetap terbaik kerana mempunyai citarasanya tersendiri.

“Setiap kali balik Merlimau selain ke Tanjung Kling saya akan pergi ke Pasar Besar Merlimau,” katanya ketika ditemui di Pest Pantai Tanjung Bidara 2024, semalam.

Selain itu, beliau turut berkongsi pengalamannya yang sering ke Pantai Tanjung Bidara sewaktunya kecil bersama keluarga.

“Dahulu semasa kecil saya selalu ke pantai ini berkelah bersama keluarga dan melihat hari ini banyak perubahan dan pembangunan di kawasan pelancongan ini,” katanya.

Terdahulu, kehadiran beliau dengan nama Siti Roziana Zain memecahkan suasana apabila kira-kira 10,000 peminat hadir memeriahkan konsert diadakan bersempena sambutan Pesta Pantai Tanjung Bidara.

Selain Ziana Zain, malam itu juga meriah diserikan dengan persembahan artis kelahiran Melaka iaitu Zamani, P Radhi, Yassier Fikri dan artis Briged Seni Melaka.

Antara nyanyian yang didendangkan Ziana Zain adalah Sangkar Cinta, Anggapanmu serta medley terkini rangkuman lagu-lagunya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

455
Kongsi :
Previous post ‘KENANGAN MANIS DAPAT MENARI BERSAMA ZIANA ZAIN’
Next post MI GORENG ISTIMEWA AIR TANGAN KETUA MENTERI
Ubah saiz-+=