KONSERT PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA MERIAH

Masa Membaca:40 Saat

TANJUNG BIDARA 14 September – Kira-kira 10,000 pengunjung membanjiri Pantai Tanjung Bidara, di sini, bagi memeriahkan Konsert Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024.

Orang ramai mula hadir seawal jam 8 malam bagi menyaksikan konsert yang bakal menampilkan persembahan artis popular tanah air seperti Ziana Zain, Zamani, P Radhi dan Yassier Fikri.

Terdahulu, konsert itu dimulakan sebaik ketibaan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kira-kira jam 9 malam tadi.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, Tpr. Saifuddin Abdul Karim, Pegawai Daerah dan Tanah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas serta tetamu lain.

Selain acara hiburan, Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024 turut disajikan pengisian kerohanian sempena Maulidur Rasul iaitu menerusi ceramah agama dan Tanjung Bidara Berselawat yang dijadual berlangsung malam esok.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

612
Kongsi :
Previous post TERUJA DAPAT NAIK ‘KERETA KEBAL’
Next post ZIANA ZAIN ANTARA EMPAT ARTIS KELAHIRAN MELAKA WARNAI PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA
Ubah saiz-+=