52 BERENTAP REBUT GELARAN JUARA EXPLORACE TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 14 September – Seramai 52 peserta berentap pada Tanjung Bidara Alor Gajah Explorace 2024 bersempena Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024, di sini, hari ini.
Pelepasan program pada jam 8 pagi itu telah disempurnakan Exco Kerja Raya, Insfrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.
Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) selaku urusetia program memaklumkan, 13 kumpulan terlibat dikehendaki menyempurnakan tugasan di lapan ‘checkpoint’ di sekitar kawasan Masjid Tanah dan Alor Gajah.
Objektif program tersebut bertujuan untuk mempromosikan lokasi-lokasi pelancongan yang terdapat dalam kawasan pentadbiran MPAG.
Disamping itu, ia juga mampu merancakkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024.
Majlis penutup program itu disempurnakan oleh Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin pada jam 4 petang di Free Port A’ Famosa, Alor Gajah.
Johan pertandingan itu akan membawa pulang wang tunai RM2,000; manakala tempat kedua RM1,500 dan RM1,000 untuk tempat ketiga.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PERTANDINGAN TIKTOK CHALLENGE ‘MANA LAGI MELAKALER’ DILANJUTKAN
AYER KEROH 23 November - Tempoh pertandingan TikTok Challenge 'Mana Lagi Melakaler' dilanjutkan sehingga 25 Disember depan. Timbalan Exco Sains,...
AUTISME: KENA CEPAT BERTINDAK!
Oleh: Dr. Azri Fikry Doktor Pakar Kanak-kanak, Clinic Suite 3.28, Putra Specialist Hospital Melaka STATISTIK yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan...
PARAMEDIK KOMUNITI DIPERLUAS KEPADA PEMIMPIN MASYARAKAT
SUNGAI RAMBAI 23 November - Sukarelawan Paramedik Komuniti fasa kedua di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai akan diperluaskan...
SWM SASAR 10 PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA DIBUKA DI MELAKA
PAYA RUMPUT 23 November - SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) menyasarkan 10 kemudahan kiosk Pusat Pandu Lalu KITARecycle (PPLK)...
‘AH SEM’ MAHU BINA TIGA MASJID
AYER KEROH 23 November - Bagi memastikan umat Islam dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya dapat menunaikan solat dalam...
KEJADIAN RAGUT BUKAN DI KRUBONG JAYA
AYER KEROH 23 November - Polis Daerah Melaka Tengah menafikan berlaku kejadian ragut melibatkan seorang wanita di Krubong Jaya, baru-baru...