500 KAYUH SANTAI RONDA BANDAR MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

BANDA HILIR 14 September – Seramai 500 peserta menyertai cabaran kayuhan Menara Taming Sari Fun Ride 3.0 menelusuri kawasan produk pelancongan Melaka, pagi ini.

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, kayuhan itu bagi menyokong sektor sukan pelancongan di negeri ini sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Kayuhan ini ada dua kategori iaitu melibatkan perjalanan sejauh 10 kilometer dan 50 kilometer.

“Peserta akan melalui beberapa kawasan antaranya Bukit Senjuang, Ujong Pasir, Jalan Taman Bertam Jaya, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Semabok, Pekan Umbai dan Tambak Paya.

“Sudah tentu aktiviti ini bagus untuk menjaga kesihatan peserta, sekali gus menarik kedatangan lebih ramai pelancong dan pengunjung ke negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pelepasan peserta Menara Taming Sari Fun Ride 3.0 di perkarangan Menara Taming Sari (MTS) di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem; Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Leng Chau Yen; Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron; Ketua Pegawai Eksekutif MTS, Nasrul Ahmad dan Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Erne Hamsah.

Kayuhan berkenaan turut mendapat tajaan utama daripada TraXX FM dan beberapa agensi terlibat.

Img 20240914 Wa0005
NASRUL bergambar bersama peserta yang berjaya menamatkan kayuhan sejauh 50 kilometer.

Mengulas lanjut, Zaidi berkata pelbagai pengisian program melibatkan subsektor pelancongan sukan akan dianjurkan sepanjang tahun ini.

“Sukan pelancongan ini bukan hanya melibatkan acara yang besar, malah secara kecil-kecilan pada setiap hujung minggu.

“Contohnya, seperti Pesta Pantai Tanjung Bidara sempena TMM2024 yang diadakan bermula semalam sehingga Ahad ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

320
Kongsi :
Previous post ‘PANTAI MERIAH, LAUT PUN MERIAH’
Next post WARGA EMAS 73 TAHUN LINCAH KAYUH BASIKAL 50KM
Ubah saiz-+=