Sorting by

×

‘CARAVAN PARK’ MENGHADAP SELAT MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 12 September – Sebuah tapak ‘caravan park’ menghidangkan keindahan Selat Melaka akan diwujudkan di Tanjung Kling dan dijangka mula dibuka menjelang awal 2025.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata cadangan itu sudah melepasi peringkat perbincangan dan akan disusuli perbincangan teknikal pada minggu hadapan.

Katanya, kemudahan itu adalah yang kedua dalam kawasan pentadbiran MBMB selepas Taman Bandaraya Bukit Serindit dan selepas dibuka kelak ia dijangka menggamit lebih ramai peminat aktiviti itu singgah ke Melaka.

“Saya telah mengadakan lawatan tapak ke Shah Beach Resort, Tanjung Kling bagi tujuan cadangan pembinaan tapak karavan kedua kelmarin dan mendapati lokasi itu amat bersesuaian.

“Pada mulanya, pihak resort yang menghubungi dan memaklumkan untuk mewujudkan tapak karavan kerana mendapat permintaan ramai daripada golongan peminat kenderaan rekreasi tersebut.

“Jika di Bukit Serindit lebih kepada kawasan bandar, namun di sini sangat sesuai untuk golongan yang gemar ‘healing’, dengan pantai yang nyaman, bersih dan tenang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shadan berkata, pada sesi perbincangan awal beliau telah dimaklumkan, lokasi cadangan itu turut ditempatkan motel atau chalet.

“Kita jangkakan lebih 20 karavan boleh dimuatkan di lokasi tapak cadangan itu dalam satu masa. Sekiranya cadangan ini diluluskan, MBMB akan membuat pembinaan bersesuaian dan dijangkakan awal tahun hadapan tapak ini boleh beroperasi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3197
Kongsi :
Previous post PIDATO RUKUN NEGARA PIALA TYT CIPTA REKOD BAHARU
Next post TERAPKAN BUDAYA KERJA KUALITI TINGGI – KM
Ubah saiz-+=