
REZEKI PENUNTUT UNIMEL
KUALA LINGGI 11 September – Seramai 40 penuntut Universiti Islam Melaka (UNIMEL) mendapat perkhabaran yang menggembirakan apabila masing-masing menerima sumbangan komputer riba daripada Etiqa General Takaful Berhad.
Naib Canselor UNIMEL, Prof. Datuk Dr. Mohd Taib Dora berkata, sumbangan berjumlah RM100,000 itu membawa makna yang cukup besar buat semua penuntut berkenaan.
“Penuntut mendapat manfaat hasil sumbangan ini adalah mereka yang berasal daripada keluarga B40, komputer riba yang diterima amat penting buat mereka sepanjang tempoh mengikuti pengajian di UNIMEL.
“Ini secara tidak langsung menyuntik semangat dalam diri penuntut UNIMEL untuk meneruskan pengajian hingga menggenggam segulung ijazah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
dapat memberi semangat dan membantu mereka sehingga menerima segulung ijazah pada akhir pengajian,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut, penuntut yang ditemui turut meluahkan rasa syukur atas sumbangan diterima yang secara tidak langsung dapat meringankan bebanan keluarga mereka sepanjang tempoh pengajian di UNIMEL.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...
DUA PEMUDA DISYAKI AKTIF EDAR DADAH DITAHAN POLIS
AYER KEROH 18 April - Dua lelaki yang dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak empat bulan lalu ditahan bersama...
DEWAN BELIA NEGERI MELAKA BUKAN UNTUK ‘GLAMOUR’ TETAPI LAKSANAKAN AMANAH
SERI NEGERI 18 April - Dewan Belia Negeri Melaka bukan sekadar medan berhujah, sebaliknya dimanfaatkan sebagai platform untuk mengemukakan cadangan...
MASALAH RESIDENSI PRIMA KLEBANG 2 DIJANGKA SELESAI SUKU KEDUA 2025
KLEBANG 18 April - Kerajaan Negeri memberi jaminan pemasalahan berkaitan projek Residensi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Klebang 2, ditangani sebaiknya...
B.E.L.I.A TERAS UTAMA KEPIMPINAN ORANG MUDA MELAKA
SERI NEGERI 18 April - Bagi memastikan kepimpinan belia Melaka terus unggul dan relevan, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
MELAKA KOMITED LAHIRKAN BELIA BERANI, BIJAKSANA, BERPANDANGAN GLOBAL
SERI NEGERI 18 April - Belia diminta untuk memainkan peranan lebih aktif dengan bersama-sama menyumbangkan idea dalam membantu pembangunan Negeri...