
TERLELAP PUNCA MYVI ‘TERJUN’ JAMBATAN
KOTA LAKSAMANA 11 September – Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta dipandu terjunam dari jejambat setinggi kira-kira 30 meter di Jambatan Syed Abdul Aziz, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa berusia 53 tahun bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami luka di bahagian badan dan kaki kanan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi sedang dalam perjalanan dari pusat bandar menghala ke Limbongan.
Katanya, ketika di lokasi, mangsa dipercayai terlelap, sebelum keretanya terbabas ke bahu jalan, lalu melanggar penghadang jalan dan terjatuh ke bawah jambatan berhampiran sebuah restoran.
“Akibat kemalangan tersebut, pemandu mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan, manakala keretanya remuk di pelbagai bahagian.
“Punca kemalangan adalah disebabkan kecuaian memandu kerana terlelap, lalu melanggar penghadang jalan dan terjatuh ke bawah jambatan,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun masih mengesan saksi yang melihat kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...
DUA PEMUDA DISYAKI AKTIF EDAR DADAH DITAHAN POLIS
AYER KEROH 18 April - Dua lelaki yang dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak empat bulan lalu ditahan bersama...
DEWAN BELIA NEGERI MELAKA BUKAN UNTUK ‘GLAMOUR’ TETAPI LAKSANAKAN AMANAH
SERI NEGERI 18 April - Dewan Belia Negeri Melaka bukan sekadar medan berhujah, sebaliknya dimanfaatkan sebagai platform untuk mengemukakan cadangan...
MASALAH RESIDENSI PRIMA KLEBANG 2 DIJANGKA SELESAI SUKU KEDUA 2025
KLEBANG 18 April - Kerajaan Negeri memberi jaminan pemasalahan berkaitan projek Residensi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Klebang 2, ditangani sebaiknya...
B.E.L.I.A TERAS UTAMA KEPIMPINAN ORANG MUDA MELAKA
SERI NEGERI 18 April - Bagi memastikan kepimpinan belia Melaka terus unggul dan relevan, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
MELAKA KOMITED LAHIRKAN BELIA BERANI, BIJAKSANA, BERPANDANGAN GLOBAL
SERI NEGERI 18 April - Belia diminta untuk memainkan peranan lebih aktif dengan bersama-sama menyumbangkan idea dalam membantu pembangunan Negeri...