MENABUNG DI SSPN, BERPELUANG MENANG HADIAH!

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 11 September – Dengan menabung di Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), orang ramai khususnya rakyat Melaka berpeluang memenangi pelbagai hadiah dan ganjaran hebat.

Tawaran istimewa itu bersempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024 yang kini kembali dengan tema lebih menarik.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, BMS kali ini menampilkan tema fantasi yang pastinya lebih menyeronokkan untuk anak-anak.

Jelas kenyataan itu, ibu bapa berpeluang menjadi ‘adiwira’ untuk anak-anak dengan membuat simpanan serendah RM50 sahaja sepanjang kempen ini berlangsung.

“Terokai dunia penuh magis BMS 2024 dengan tema fantasi. Jom jadi superhero kepada anak-anak dengan menabung di Simpan SSPN

“Sepanjang kempen ini, pelbagai cenderamata eksklusif dan hadiah menarik disediakan.

“Jom buat simpanan serendah RM50, anda bukan sahaja membantu membina masa depan pendidikan anak-anak, malah berpeluang meraih pelbagai ganjaran hebat melalui Cabutan WOW! Superheroes,” kata kenyataan itu.

Menurut PTPTN, BMS 2024 Peringkat Negeri Melaka akan diadakan di Pentas Utama, Mahkota Parade, Banda Hilir pada 28 September 2024.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti yang diadakan boleh layari https://bit.ly/JomSertaiBMS2024.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

125
Kongsi :
Previous post BOMBA, APM PANTAU KESELAMATAN PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA 2024
Next post PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA BAWA REZEKI BUAT PENGUSAHA CHALET, INAP DESA
Ubah saiz-+=