Sorting by

×

GALAK MAJIKAN SEDIA SUASANA TEMPAT KERJA KONDUSIF, SELESA – EXCO

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

BANDARAYA MELAKA 9 September – Majikan perlu menambah baik pematuhan peraturan dalam proses kerja agar premis mereka menjadi tempat kerja yang kondusif dan selesa.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata ia bagi memastikan kebajikan pekerja di sesebuah agensi atau syarikat itu sentiasa terjaga.

“Saya mengadakan lawatan ke kilang Aik Cheong Coffee Roaster Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Melaka untuk bertemu dengan pihak pengurusan syarikat ini.

“Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara jabatan dan pihak industri (terutamanya majikan dan pekerja) selain bertukar-tukar pandangan mengenai perhubungan perusahaan serta perburuhan di Negeri Melaka.

“Ini adalah satu perjumpaan secara tambahan antara pihak pengurusan syarikat dan pekerja, menerusi sesi dialog ringkas diadakan kita dapat berkongsi pandangan dan rasa tidak puas hati untuk tindakan segera,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu Hee Sem menghadiri lawatan itu sempena Program Lawatan Harmoni (LH) dan Dialog Sosial Bersama Industri (TOSS) Aik Cheong Coffee Roaster Sdn Bhd di sini, hari ini.

Turut hadir lawatan itu Pengarah Urusan Aik Cheong Coffee Roaster Sdn Bhd, Tang Joo Shen; Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran Nor Hafiqqie Md Nor; Pengarah JPP Melaka, Rosli Jantan; Pengarah JTK Melaka, Naziyah Said dan Pengarah JHEKS Melaka & Negeri Sembilan, Hafizah Nabilah Mohd Idris.

Hee Sem yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya berkata, pihak pengurusan syarikat tidak perlu risau atau takut jika premis mereka dilawati wakil jabatan atau agensi kerajaan berkaitan.

“Sekiranya ada lawatan daripada jabatan atau agensi kerajaan terutamanya seperti JPP, Jabatan Tenaga Buruh (JTK) dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), pihak syarikat tidak perlu merasa gusar atau takut.

“Kehadiran pegawai ini untuk menambah baik pematuhan terhadap peraturan dalam proses kerja supaya tempat kerja kita menjadi satu tempat yang kondusif untuk bekerja,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

160
Kongsi :
Previous post BENARKAN ANAK 10 TAHUN PANDU KERETA, IBU DIDENDA RM700
Next post KEBAKARAN DI TEMPAT LETAK KENDERAAN KILANG BABITKAN 26 MOTOSIKAL
Ubah saiz-+=