RAMAI TUNGGU MENU RM10
AYER KEROH 7 September – Cadangan hidangan murah atau menu RM10 cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, menjadi bualan dan ditunggu-tunggu ramai penduduk Negeri Melaka.
Menu RM10 dijangka menawarkan hidangan menarik untuk orang Melaka, pengunjung dan pelancong dianggap sebagai pelengkap kepada penganjuran Melaka Bila Larut Malam (MBLM) disambut baik khususnya iaitu produk pelancongan baharu yang diperkenalkan 1 Jun lalu.
Bagi suri rumah Siti Zulaiha Rosli, 31, berkata selain mencari lokasi menawarkan kelainan, pengunjung dan pelancong juga ke Melaka kerana negeri ini merasai pelbagai hidangan menarik seperti asam pedas.
“Bayar RM10 untuk makan bagi saya amat berbaloi, mungkin harga hidangan itu turut termasuk makan dan minum, jadi orang ramai boleh berjimat serta mengawal perbelanjaan.
“Pilihan juga semakin banyak, sesuai untuk mereka yang mahu berjimat, kerana pada kebiasaan jika makan di restoran kos untuk satu kepala adalah lebih RM10.
“Saya yakin lebih ramai akan pilih Melaka sebagai destinasi percutian selepas ini, sekali gus menjayakan inisiatif MBLM dan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Sementara itu Roselina Alias, 57, amat menyokong idea Ketua Menteri yang disifatkan sebagai strategi serampang dua mata kerana mewujudkan keadaan ‘memang-menang’ bagi peniaga dan pelanggan.
“Dengan adanya menu RM10 ini nanti, pengunjung MBLM dapat ‘isi perut’ sambil berkunjung ke lokasi tumpuan. Saya yakin pada kreativiti pengusaha makanan tempatan dalam mengoleh menu menarik pada harga RM10 sahaja,” katanya.
Ujarnya, beberapa insiatif dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini juga dilihat memberikan impak positif apabila Melaka, khususnya Banda Hilir menjadi tumpuan orang Melaka, pengunjung dan pelancong setiap kali hujung minggu serta cuti umum.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.