MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING

Masa Membaca:50 Saat

AYER KEROH 7 September – Tindakan tegas termasuk sitaan akan dikenakan terhadap mana-mana warga negara asing yang dikesan menjalankan perniagaan secara haram dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata, tindakan tegas itu adalah susulan pemantauan terhadap aktiviti perniagaan tanpa kebenaran yang melibatkan warga negara asing di kawasan perindustrian di Batu Berendam dijalankan pihaknya baru-baru ini.

“Selain amaran lisan penguatkuasa MPHTJ turut mengeluarkan notis terhadap peniaga berkenaan, mereka diminta menghentikan aktiviti itu dan beredar dari kawasan terbabit,” katanya.

Sapiah berkata, MPHTJ komited bagi membanteras aktiviti perniagaan tanpa lesen terutamanya melibatkan warga negara asing dalam kawasan pentadbirannya.

“Tindakan sitaan diambil bagi mana-mana warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram dalam kawasan pentadbiran MPHTJ,” katanya.

Baru-baru ini, penguatkuasa MPHTJ telah mengambil tindakan menyita perniagaan secara haram yang dijalankan dua warga asing di kawasan perindustrian Batu Berendam.

Serbuan itu dijalankan hasil pemantauan, risikan dan rondaan yang dilakukan MPHTJ.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

96
Kongsi :
Previous post PERKASA USAHAWAN WANITA BERPOTENSI
Next post PENGASUH TASKA DISYAKI BUNUH BAYI DIREMAN 7 HARI
Ubah saiz-+=