Sorting by

×

‘NILAI SUMBANGAN TAK BESAR, TAPI SANGAT BERMAKNA’

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

ASAHAN 5 September – Biarpun nilai sumbangan dihulur tidak sebesar mana, namun ia dianggap amat bermakna buat ibu bapa dan penjaga dalam kalangan B40 untuk menyediakan keperluan persekolahan terbaik buat anak masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, keprihatinan dan sikap cakna Yayasan Pelajaran MARA (YPM) yang tampil menghulurkan sumbangan diharap dapat menceriakan anak-anak B40 selain meringankan beban ibu bapa mereka.

“Sumbangan tunai persekolahan disediakan YPM memberi manfaat kepada 467 murid B40 sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

“Saya dan seluruh masyarakat DUN Asahan mengucapkan terima kasih kepada YPM kerana sentiasa mendengar keluhan penduduk di kawasan ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan YPM Tahun 2024 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar, hari ini.

Fairul Nizam yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, bagi program kali ini YPM memperuntukkan sumbangan berjumlah RM23,350.

“Penerima sumbangan adalah murid dari 17 Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di DUN Asahan. Terima kasih juga kepada para guru yang mencalonkan anak-anak murid dikategorikan daripada keluarga B40.

“Insya-Allah saya akan cuba membantu pendidikan anak-anak di DUN Asahan dari semasa ke semasa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

91
Kongsi :
Previous post GALAK BUDAYA TANDAS BERSIH MENAWAN
Next post POLIS BURU LELAKI CURI RANTAI EMAS BERNILAI RM24,800
Ubah saiz-+=