
POLIS BURU LELAKI CURI RANTAI EMAS BERNILAI RM24,800
SHAH ALAM 5 September – Polis memburu seorang lelaki rakyat tempatan yang disyaki melarikan seutas rantai bernilai RM24,800 dari sebuah kedai emas di Bandar Botanik, Klang dekat sini Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata berdasarkan laporan diterima, dalam kejadian kira-kira 1.40 petang itu suspek berusia 28 tahun datang ke kedai berkenaan dengan alasan untuk membeli rantai emas sebagai hadiah kepada ibunya.
Beliau berkata suspek kemudian meminta jurujual mengeluarkan rantai leher yang dipilih sebelum keluar ke kedai untuk menjawab panggilan telefon.
Suspek kemudian masuk semula dan mencuri barang kemas berkenaan dan melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan di hadapan kedai.
“Berdasarkan maklumat diterima, pihak polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes ini dan dalam usaha untuk menangkap suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...