LEBIH 5,000 PESERTA SERTAI PERARAKAN MAULIDUR RASUL PADA 16 SEPTEMBER

Masa Membaca:57 Saat

BANDARAYA MELAKA 5 September – Seramai 5,238 peserta melibatkan 102 kontinjen menyertai Majlis Perhimpunan Dan Perarakan Maulidur Rasul pada 16 September ini.

Exco Pendidikan, Pengajian dan Tinggi Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata perarakan akan bermula dari Stadium Tun Fatimah, seterusnya ke Bukit Serindit melalui jalan Taman Bandaraya ke Jalan Bukit Piatu, Jalan Bukit Baru menuju ke Dataran Pusat Islam, Bukit Palah.

Katanya, pearakan disertai kontinjen yang mewakili pelbagai agensi Kerajaan Negeri, syarikat swasta, sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Majlis itu akan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman.

“Penganjuran Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka akan bermula seawal 5 September sehingga 15 Oktober.

“Penganjuran selama sebulan itu dilaksanakan secara optimum dengan pelbagai program besar yang akan diadakan antaranya Karnival Semarak Cinta Rasul; Majlis Perhimpunan Dan Perarakan Maulidur Rasul selain Majlis Penutup Dan Penyampaian Anugerah Maulidur Rasul,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas bersiaran di Apa Khabau YB di Melaka FM di Bangunan RTM di sini hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

413
Kongsi :
Previous post WARGA ALOR GAJAH SAMBUT BAIK INISIATIF TANPA TUNAI
Next post KANAK-KANAK 10 TAHUN PANDU KERETA: POLIS AMBIL KETERANGAN IBU
Ubah saiz-+=