HARGA RON97, DIESEL TURUN 2 SEN
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengurangan harga runcit dua bahan api itu seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.
Sementara itu, harga runcit petrol RON 95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.
Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Kementerian menjelaskan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
OUM TERAJU BIDANG PENDIDIKAN DALAM TALIAN
BANDARAYA MELAKA 22 Disember - Open University Malaysia (OUM) terus menjadi peneraju bidang pendidikan secara dalam talian dengan menyediakan pembelajaran...
WTD 2025: PERZIM RANCANG PROGRAM BERTARAF ANTARABANGSA
BANDA HILIR 22 Disember - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bakal menganjurkan program bertaraf antarabangsa pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...
LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONG KITA MERIAH
DUYONG 22 Disember - Kira-kira 10,000 orang membanjiri Padang Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit bagi menjayakan Larian Budaya Antarabangsa Duyong...
MIHF’24 MEDAN BANTU USAHAWAN TEMPATAN DAPAT SIJIL HALAL
AYER KEROH 22 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi MAIM Holdings Berhad mendekati dan membantu usahawan tempatan mendapatkan...
MELAKA TAWAR DIRI JADI TUAN RUMAH KEJOHANAN RALI ASIA PASIFIK
ASAHAN 21 Disember - Melaka sedia menjadi tuan rumah Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...
MIHF’24: ANGKAT MARTABAT ‘FESYEN SANTUN’
AYER KEROH 21 Disember - Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 menjadi medan buat pereka fesyen melebarkan rekaan busana fesyen...