RM1.17 bilion telah dibelanja tangani COVID-19
KUALA LUMPUR 3 Dis. – Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu Kementerian Kesihatan (KKM) telah membelanjakan RM1.17 bilion bagi menangani pandemik COVID-19 setakat 31 Okt lepas.
Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkata perbelanjaan itu yang meliputi RM1 bilion diluluskan Kementerian Kewangan dan peruntukan sedia ada adalah bagi pembelian peralatan, bekalan perubatan, barangan pakai habis, kelengkapan perlindungan diri (PPE), reagen dan test kit serta lain-lain perkhidmatan untuk mengawal wabak berkenaan.
“Peruntukan itu digunakan di kesemua fasiliti KKM termasuk hospital, klinik kesihatan dan klinik pergigian,” katanya menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) mengenai jumlah perbelanjaan kementerian menangani COVID-19 bagi tempoh 18 Mac hingga 31 Okt lepas.
Menurut Aaron, sebahagian besar perbelanjaan itu juga melibatkan bayaran Elaun Khas COVID-19 kepada petugas barisan hadapan KKM berjumlah RM275 juta, pembelian PPE (RM262 juta) serta pembelian reagen dan test kit serta bayaran outsource perkhidmatan makmal swasta untuk ujian saringan COVID-19 (RM210 juta).
Jumlah itu tidak termasuk bayaran emolumen petugas kesihatan yang terlibat dalam rawatan, kawalan dan pencegahan wabak COVID-19 yang mana telah diperuntukkan di bawah peruntukan sedia ada KKM, katanya.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
PTPTN MELAKA TAJA 100 PELAJAR ASNAF, ANAK YATIM BUKA AKAUN SSPN PRIME
AYER KEROH 13 Disember - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Melaka terus cakna terhadap pendidikan anak-anak kurang bernasib di...
‘SCAMMER’ KAUT HAMPIR RM76 JUTA DI MELAKA TAHUN INI
BANDARAYA MELAKA 13 Disember - Hampir RM76 juta kerugian membabitkan penipuan dalam talian direkodkan di Melaka, sepanjang tahun ini. Timbalan Exco...
MELAKA RANCANG TAMBAH PAKAR PERANCANG BANDAR MENUJU NEGERI PINTAR
AYER KEROH 13 Disember - Kerajaan Negeri merancang untuk menambah pakar dalam bidang Perancangan Bandar dalam usaha menuju negeri pintar....
PUTRA 2 BAKAL RANCAKKAN SEKTOR PELANCONGAN KESIHATAN MELAKA
SERI NEGERI 12 Disember - Pembinaan Putra Specialist Hospital 2 yang lengkap sebagai sebuah fasiliti hospital pakar akan merancakkan lagi...
4 PBT MELAKA CAPAI STATUS MAMPAN
AYER KEROH 12 Disember - Kesemua empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka telah mencapai status mampan menerusi Program Jaringan...
PUTRA SPECIALIST HOSPITAL, IJN JALIN KERJASAMA PERKUKUH PERKHIDMATAN KESIHATAN
SERI NEGERI 12 Disember - Putra Specialist Hospital menjadi hospital swasta pertama di Melaka yang menjalinkan hubungan strategik dengan Institut...