PAMERAN ‘TEPEN’ DEDAH IDENTITI BUDAYA

Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat

BANDA HILIR 4 September – Kiriman makanan dalam mangkuk tingkat kepada tetamu atau buah tangan selepas berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat-handai antara tradisi Melayu diamalkan sejak zaman-berzaman.

Amalan berkenaan sebagai simbol kepada semangat persaudaraan dan tanda ingatan masih diamalkan sehingga kini, namun pasti ramai masih samar-samar mengenai sejarah mangkuk tingkat.

6246878504826290518

PELBAGAI jenis mangkuk tingkat dipamerkan. Foto Iqmal Haqim Rosman

Bagi yang berminat untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai mangkuk tingkat boleh mengenali sejarah dan kisah disebalik mangkuk tingkat dari pelbagai sudut menerusi Pameran Nostalgia: Mangkuk Tingkat.

Pameran tersebut diadakan di Muzium Sejarah dan Etnografi bermula 1 September hingga 30 November depan.

Tinjauan Melaka Hari Ini di lokasi mendapati pameran tersebut menampilkan pelbagai bentuk, rupa, seni dan cerita disebalik mangkuk tingkat itu dipamerkan.

6246878504826290521

INTAN Nur Syazliana Ahmad, 21 melihat mangkuk tingkat dipamerkan di Muzium Sejarah dan Ethnografi, Banda Hilir. Foto Iqmal Haqim Rosman

Antara yang mencuri tumpuan adalah fungsi dan keunikan mangkuk tingkat atau dalam bahasa Inggeris adalah ‘tiffin’ yang digunakan untuk mengisi makanan namun membawa nama berbeza pada setiap budaya.

Dalam kalangan Melayu, makanan dalam mangkuk tingkat diberikan oleh tuan rumah kepada tetamu atau buah tangan ketika berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat-handai antara tradisi Melayu yang diamalkan sejak zaman-berzaman sebagai tanda persaudaraan.

6246878504826290520

PELBAGAI jenis mangkuk tingkat dipamerkan. Foto Iqmal Haqim Rosman

Manakala dalam budaya Cina Mangkuk tingkat dipanggil ‘Pua Chan’ dan ‘Thukku Chatti’ dalam bahasa Tamil.

Ia sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat tanpa mengira bangsa samada Melayu, Cina, India, Peranakan Nyonya, Chetti dan lain-lain.

Menerusi etnik Baba dan Nyonya mangkuk tingkat ini dikenali sebagai Bakul Siah atau Bakul Sia dalam dialek Hokkien.

6246878504826290515

PELBAGAI jenis mangkuk tingkat dipamerkan. Foto Iqmal Haqim Rosman

Wajah mangkuk tingkat yang dihiasi dengan elemen-elemen klasik dan tradisional seperti motif batik dan kebaya, menambah nilai estetik dan nilai budaya masyarakat Malaysia.

Keunikan ini tidak hanya menjadikan ianya berguna sebagai bekas makanan tetapi juga sebagai karya seni yang menarik dan bernilai sejarah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

111
Kongsi :
Previous post 32,676 KANDUNGAN PENIPUAN ATAU SCAM DITURUNKAN SETAKAT 15 OGOS
Next post BELI PAKEJ MELANCONG MENANG MOTOSIKAL, DAPAT NAIK KAPAL MEWAH
Ubah saiz-+=