Sorting by

×

BUDAK MELAKA HANDAL ‘SPEAKING’

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

DURIAN TUNGGAL 3 September – Sekolah Kebangsaan (SK) Tengkera Dua mencipta sejarah tersendiri apabila muncul johan kategori sekolah rendah Pertandingan ‘Choral Speaking’ Peringkat Kebangsaan Tahun 2024, semalam.

Selain merangkul hadiah utama, murid sekolah berkenaan Muhammad Haziq Mohd Azuan,12, turut dinobatkan sebagai Konduktor Terbaik (Sekolah Rendah) pertandingan tersebut.

Guru Bahasa Inggeris SK Tengkera Dua, Muhammad Farhan Mohd Yazid berkata kemenangan tidak dijangka itu, mengharumkan nama Melaka dalam sektor pendidikan.

“Kami tidak sangka akan merangkul dua kemenangan kali ini. Memang kami cuba buat yang terbaik tetapi untuk sampai ke tahap johan itu sesuatu yang luar jangkaan.

“Tidak pernah impikan kemenangan, kerana kami perlu bersaing dengan 16 lagi sekolah lain yang hebat-hebat belaka. Alhamdulillah kesungguhan murid termasuk berlatih selaam dua jam setiap hari membuahkan hasil,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di Dewan Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Terdahulu hadiah kemenangan disampaikan Timbalan Pengarah Bahagian Sukan Sektor Pembangunan dan Kecemerlangan Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Ithnin Mahadi.

Hadir sama Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka, Jamsari Mariman.

Muhammad Farhan berkata, cabaran paling besar sepanjang pertandingan itu adalah melatih anak murid menuturkan perkataan dalam Bahasan Inggeris dengan sebutan yang betul.

“Sesi pembelajalan banyak guna Bahasan Melayu, jadi untuk betulkan sebutan murid memang mencabar. Tetapi anak-anak murid saya ini tidak pernah berputus asa, biarpun penat dengan latihan namun mereka berusaha untuk menjadi yang terbaik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3276
Kongsi :
Previous post 1,500 BERLARI PAKAI KAIN PELIKAT, BATIK
Next post PEMBAYAR CUKAI DISARAN SEMAK STATUS SEKATAN PERJALANAN SEBELUM KE LUAR NEGARA
Ubah saiz-+=