Sorting by

×

ARTIS ISTANA BUDAYA MERIAHKAN MELAKA BILA LARUT MALAM

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDARAYA MELAKA 2 September – Seni muzik tradisional Malaysia yang dipersembahkan artis Istana Budaya telah memeriahkan sambutan Melaka Bila Larut Malam pada 31 Ogos lalu.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Budaya, seramai 22 pemuzik diketuai Konduktor Mohd Yazid Zakaria telah membuat persembahan pada Program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM): Sounds of Malaysia – OTM ON THE STREET @ BANDA HILIR MELAKA.

Katanya, menerusi penganjuran itu, orang ramai sekitar Bangunan Stadhuys berpeluang menyaksikan auditori gabungan keaslian alat-alat muzik tradisional Malaysia seperti Akordian, Serunai/Rebana, Sape, Sitar, Seruling, Gambus, Keromong, Rebana/Darbuka, Mandolin, Yanqin dan Caklempong.

“Pada malam itu, Melaka Bila Larut Melam Edisi September telah memberi suntikan semangat patriotik seiring bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67.

“Istana Budaya turut menampilkan penyanyi Dhiya Suhaili serta lapan Artis Tari Istana Budaya (ARTISTANA) dengan mempersembahkan pelbagai jenis tarian sehingga tibanya persembahan bunga api pada malam sambutan Hari Kebangsaan itu.

“Selain Istana Budaya, acara yang berlangsung selama empat jam ini turut diserikan oleh Yasser Fikri dengan persembahan lagu Senandung Anak Melaka dan tarian seni budaya oleh kumpulan Briged Seni Melaka serta nyanyian oleh Sazali Mohd Sani, Muhd Afiq Danial Ramli, Noraini Othman dan Dayang Syarfa Syazana Datu Shadan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

351
Kongsi :
Previous post FESTIVAL PANTAI, FESTIVAL LAYANG-LAYANG GERGASI ACARA BESAR BULAN INI
Next post PEGAWAI, TIGA ANGGOTA POLIS DITAHAN BANTU SIASATAN PEMERASAN
Ubah saiz-+=