SEMBILAN PASUKAN MASUK GELANGGANG, REBUT PIALA YB HELMY

Masa Membaca:54 Saat

DUYONG 3 September – Sembilan pasukan diwakili anak muda sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong akan beraksi pada Liga Bola Sepak #Duyongkita Piala YB Helmy.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, sepak mula Liga Bola Sepak #Duyongkita Piala YB Helmy berlangsung 1 September lalu membabitkan enam pasukan di Padang Bola Sepak Taman Seri Duyong 2.

Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, pelawanan dijadualkan setiap Ahad sepanjang bulan ini dengan aksi final dijangka pada awal Oktober nanti.

“Perlawanan dibahagikan kepada dua sesi iaitu jam 8 pagi dan 4 petang dengan penyertaaan 135 anak muda sekitar DUN Duyong yang mewakili sembilan pasukan.

“Sebagai Adun kawasan, menjadi harapan saya agar penganjuran liga ini menjadi medan penyatuan dalam kalangan belia, kepada penduduk sekitar DUN Duyong, jom beramai-ramai hadir bagi menyaksikan perlawanan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Katanya, liga dianjurkan juga mampu menarik minat dalam kalangan warga Duyong untuk mengamalkan gaya hidup sihat selain mencari bakat baharu dalam sukan bola sepak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

124
Kongsi :
Previous post PEGAWAI, TIGA ANGGOTA POLIS DITAHAN BANTU SIASATAN PEMERASAN
Next post PEMANDU E-HAILING BAWA KECERIAAN UNTUK ANAK YATIM
Ubah saiz-+=