Sorting by

×

POGHUT CUP DIANGKAT JADI ACARA TAHUNAN

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

AYER LIMAU 2 September – Kejohanan Poghut Cup julung kali dianjurkan semalam (1 September) akan diangkat menjadi acara tahunan dengan penyertaannya dibuka kepada wakil setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Melaka pada edisi akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, Poghut Cup berlangsung dalam suasana meriah dengan mempertandingankan tiga acara iaitu bola sepak; sepak takraw dan bola jaring.

Hameed yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata, cadangan untuk menganjurkan Poghut Cup pada skala lebih besar tahun hadapan adalah susulan maklum balas amat positif diterima daripada peserta mengambil bahagian.

“Poghut Cup ini adalah sukan untuk veteran berusia 40 tahun dan keatas, kali ini kita menerima lebih 500 penyertaan membabitkan wakil semua DUN dalam Parlimen Masjid Tanah.

“Pertandingan berlangsung di tiga venue iaitu Padang Taman Datuk Setia, Ramuan China Besar untuk sukan bola sepak; Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Demang Taha untuk sepak takraw dan Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Paya Lebar digunakan untuk bola jaring,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Hameed memaklumkan kejohanan itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM10,000 dengan juara setiap kategori membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta piala iringan dan medal.

Jelasnya, tempat kedua membawa pulang wang tunai RM750 dan medal manakala tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM500 beserta medal dan tempat keempat pula mendapat RM300 beserta medal.

“Pasukan DUN Kuala Linggi muncul johan bagi sukan bola sepak selepas menewaskan DUN Lendu di tempat kedua, sementara itu DUN Tanjung Bidara di tempat ketiga manakala DUN Ayer Limau di tempat keempat.

“Bagi sukan bola jaring pula, DUN Lendu menjadi johan selepas menewaskan Ayer Limau B (Felcra Ramuan China) di tempat kedua, Ayer Limau C (Taman Sri Aman) mendapat tempat ketiga dan Ayer Limau A di tempat keempat.

“Sepak takraw pula menyaksikan Pasukan DUN Ayer Limau muncul juara menewaskan DUN Kuala Linggi di tempat kedua manakala Ayer Limau B (Ramuan China Besar) di tempat ketiga dan Taboh Naning A di tempat keempat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

122
Kongsi :
Previous post SEMANGAT MERDEKA ANAK MUDA MELAKA
Next post FESTIVAL PANTAI, FESTIVAL LAYANG-LAYANG GERGASI ACARA BESAR BULAN INI
Ubah saiz-+=