MELAKA BILA LARUT MALAM: MENARA TAMING SARI TERUS JADI TUMPUAN

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

BANDA HILIR 1 September – Menara Taming Sari terus menjadi tumpuan pada penganjuran Melaka Bila Larut Malam Edisi Merdeka.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad (MTSB), Nasrul Ahmad berkata, kehadiran pengunjung amat memberangsangkan pada edisi kali ini.

Img 20240901 130146 809
PENGUNJUNG mula serbu kaunter Menara Taming Sari seawal jam 10.30 malam.

“Alhamdulillah, kehadiran pengunjung amat memberangsangkan, kerana sejak jam 2 petang, Menara Taming Sari sudah dibanjiri oleh pengunjung.

“Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang baik, beri peluang buat para pengunjung ambil peluang nikmati pemandangan Bandaraya Melaka pada sebelah malam dengan menaiki Menara Taming Sari,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).

Sementara itu tinjauan MHI, mendapati kaunter Menara Taming Sari mula diserbu seawal jam 10.30 malam yang menyaksikan para pengunjung mula beratur bagi membeli tiket dengan harga tawaran istimewa RM10 seorang, selain percuma satu bagi pembelian empat tiket.

Img 20240901 130141 904
ZAIRI.

Bagi salah seorang pengunjung dari Selangor, Zairi Zain, 32, berkata dia bersama tiga ahli keluarganya telah tiba ke Melaka awal pagi tadi bagi menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan dan sebelah malam mereka menuju ke Menara Taming Sari bagi menikmati pakej Melaka Bila Larut Malam.

“Saya bersama tiga ahli keluarga mengambil peluang sambut cuti merdeka dengan menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan di Melaka, kemudian kami merancang menaiki Menara Taming Sari.

“Lebih-lebih lagi, kami ambil maklum bahawa ada tawaran pakej Melaka Bila Larut Malam hari ini, kami terus rancang ke Menara Taming Sari,” katanya kepada MHI di perkarangan Menara Taming Sari.

Img 20240901 130144 469
RAFIDAH.

Bagi seorang lagi pengunjung, Rafidah Ramli, 31, dia amat berpuas hati dengan kesiapsagaan pengurusan Menara Taming Sari kerana berjaya uruskan penjualan tiket secara sistematik di kala dikeremuni pengunjung.

“Bila saya tahu mengenai pakej Melaka Bila Larut Malam melalui laman sosial media, saya terus ke Melaka hari ini untuk ke Menara Taming Sari bagi menikmati pemandangan malam Bandaraya Melaka.

“Tiba sahaja di Menara Taming Sari sekitar jam 10.20 malam, kelihatan pengunjung sudah mengerumuni kaunter bayaran, namun kecekapan pengurusan kaunter di sini amat berkesan dan berjaya kawal situasi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

147
Kongsi :
Previous post PPSPM PERKENAL PRODUK BAHARU ‘DINING CRUISE’, RESTORAN TERAPUNG
Next post SENARIO MASIH ‘BERBISA’
Ubah saiz-+=