MALAM 31 OGOS DI MENARA TAMING SARI LEBIH MERIAH

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BANDA HILIR 1 September – Menara Taming Sari Berhad (MTSB) kekal menjadi antara produk pelancongan pilihan sempena Melaka Bila Larut Malam.

Pada edisi khas 31 Ogos, malam tadi, orang ramai sudah mula membanjiri perkarangan Menara Taming Sari bagi menikmati tawaran istimewa tiket serendah RM10, selain percuma satu bagi pembelian empat tiket.

Ketua Pegawai Eksekutif MTSB, Nasrul Ahmad berkata, pihaknya berterima kasih di atas sambutan hebat yang diberikan pelancong dan pengunjung kepada menara ikonik Negeri Melaka itu.

“Alhamdulillah, kehadiran pengunjung amat memberangsangkan, kerana sejak jam 2 petang hingga malam Menara Taming Sari sudah dibanjiri oleh pengunjung.

“Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang baik, ia memberi peluang buat para pengunjung ambil peluang menikmati pemandangan Bandaraya Melaka pada waktu malam dari atas Menara Taming Sari,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu, seorang pengunjung dari Selangor, Zairi Zain, 32, berkata dia bersama tiga ahli keluarganya telah tiba ke Melaka awal pagi tadi bagi menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan dan sebelah malam mereka menuju ke Menara Taming Sari bagi menikmati pakej Melaka Bila Larut Malam.

“Saya bersama tiga ahli keluarga mengambil peluang sambut cuti merdeka dengan menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan di Melaka, kemudian kami merancang menaiki Menara Taming Sari.

“Lebih-lebih lagi, kami ambil maklum bahawa ada tawaran pakej Melaka Bila Larut Malam hari ini, kami terus rancang ke Menara Taming Sari,” katanya ketika ditemui di perkarangan Menara Taming Sari.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

125
Kongsi :
Previous post TABIK HORMAT ‘INSPEKTOR AISY’
Next post MELAKA RIVER CRUISE LARIS MALAM 31 OGOS
Ubah saiz-+=