Sorting by

×

MAIM BIAYA RAWATAN DIALISIS UNTUK 240 ASNAF

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 30 Ogos – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah membelanjakan RM2.69 juta bagi membiayai rawatan dialisis untuk asnaf di negeri ini sejak Januari hingga Julai tahun ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman, bantuan itu disediakan menerusi Skim Rawatan Dialisis MAIM yang membolehkan penerima menjalani dialisis di tujuh pusat dialisis yang dilantik MAIM di seluruh negeri.

Menurut beliau, setakat ini, seramai 240 asnaf telah menerima manfaat daripada skim bantuan tersebut hasil kutipan wang zakat di negeri ini.

“Pada bulan Julai sahaja, MAIM telah membelanjakan wang zakat berjumlah RM480,000 untuk membiayai bantuan rawatan dialisis.

“Skim Rawatan Dialisis ini akan diberikan kepada mereka yang memenuhi syarat utama iaitu mereka perlulah penerima bantuan MAIM dan tidak menerima apa-apa bantuan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau agensi lain.

“Selain itu, antara syarat yang ditetapkan adalah individu tersebut mempunyai pendapatan di bawah kadar had kifayah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Rahmad, selain rawatan dialisis, MAIM turut menyediakan 28 lagi skim bantuan lain, antaranya, Bantuan Makanan Bulanan, Bantuan Sakit Kronik, Bantuan Sakit Terlantar dan Bantuan Orang Tua Terlantar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

187
Kongsi :
Previous post SPIKTRA-M CIPTAAN MBMB BANTU MELAKA TANGANI ISU KESESAKAN TRAFIK
Next post 30,000 SAMBUT AMBANG MERDEKA DI MERLIMAU
Ubah saiz-+=