KM puji wajah baharu Melaka Hari Ini
AYER KEROH 9 Jun – Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali memuji wajah baharu akhbar rasmi kerajaan negeri, Melaka Hari Ini (MHI) yang mula diedarkan secara percuma bermula hari ini.
Katanya, wajah baharu itu menampilkan bentuk muka depan yang kelihatan ringkas, namun cukup menarik perhatian pembaca.
“Wajah baharu Melaka Hari Ini sangat bagus. Kalau kita sekali lihat, ia nampak simple, tapi sangat menarik.
“Bila pembaca lihat sahaja dah menarik sebab ia tidak terlalu berserabut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya, di Seri Negeri, di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MHI, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid.
Terdahulu, pada tengah hari tadi, satu majlis doa selamat diadakan di pejabat MHI di Rumah Media di sini sempena pelancaran akhbar berkenaan yang kembali diterbitkan bermula hari ini.
Akhbar yang diterbitkan secara mingguan ini menemui pembaca setiap Isnin dan diedarkan secara percuma di kawasan terpilih.
Untuk edisi khas yang pertama, MHI menampilkan muka depan Tun Datuk Seri (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam yang baru sahaja dilantik sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7, Jumaat lalu.
Views:
Related
Berita Lain
LIMA AMANAT PENTING PERKASA PBT MELAKA
AYER KEROH 23 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, menekankan lima amanat penting dalam usaha memperkasakan...
LEMAS DI TALI AIR: MAYAT ANGGOTA POLIS DITEMUKAN PAGI INI
IPOH 23 Disember - Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di tali air di Jalan Utama...
TERIMA KASIH BANTU SURAU KAMI
REMBIA 23 Disember - Usaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk memartabatkan institusi surau dan masjid diteruskan lagi dengan penyerahan...
GADIS ‘BOLLYWOOD’ GEGAR LITAR ASAHAN
ASAHAN 23 Disember - Siapa sangka wajah gadis yang lembut ini tidak mampu menggegarkan litar kelapa sawit di Asahan. Berasal...
KOLOKIUM OKU 2024 PROGRAM PEMULA ANGKAT MARTABAT ANAK ISTIMEWA
DURIAN TUNGGAL 23 Disember - Kolokium Orang Kurang Upaya (OKU) 2024 menjadi program pemula dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap...
AKSI ‘MOTORCROSS’ PULA BAKAL GEGARKAN ASAHAN 2025
ASAHAN 22 Disember - Aktiviti sukan lasak 'motorcross' menggunakan laluan tanah merah ladang kelapa sawit sebagai litar bakal diajurkan di...