
Melaka International Swim, Bike & Run 2024 makin meriah
KLEBANG 25 Ogos – Penganjuran Melaka International Swim, Bike & Run 2024 terus mendapat sambutan dan peningkatan dalam jumlah penyertaan.
Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Sa’ari Basiron berkata, edisi Kelima dianjurkan Team M3X by Tri-a Amateur Triathlon dengan kerjasama Tourism Melaka menampilkan sukan triathlon dan aquatthlon terbesar di Melaka.
Katanya, program itu menerima lebih 1,000 penyertaan membabitkan atlet sukan lasak tempatan dan 35 negara luar sekitar Asean, Belanda dan America Syarikat.
“Acara ini adalah antara yang diatur bagi memeriahkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dan dianggap penting bagi mencapai sasaran 15 ke 18 juta pelancong ke negeri ini.
“Kali ini kita melakukan beberapa penambahbaikan susulan daripada maklum balas diberikan peserta pada edisi lalu. Antara yang dilaksanakan adalah meningkatkan fasiliti untuk keselesaan peserta dan pengunjung.
“Pada edisi akan datang kita mungkin memperkenalkan kategori baharu termasuk untuk warga emas kerana ramai dalam kalangan peserta adalah mereka yang sudah berusia,” katanya yang ditemui selepas melepaskan peserta Pertandingan di Encore Melaka, di sini, hari ini.
Sa’ari berkata, penganjuran pertandingan sukan bertaraf antarabangsa itu mampu menjadikan Melaka sebagai salah satu hab bagi subsektor pelancongan sukan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WARGA EMAS MAUT, RAKAN PATAH PAHA MOTOSIKAL BERTEMBUNG KERETA
RIM 22 April - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunganggnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dalam kejadian di...
TUKANG GUNTING RAMBUT MAUT MOTOSIKAL TERBABAS
MERLIMAU 23 April - Tukang gunting rambut maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas sendiri di Jalan Melimau - Jasin, malam...
DASAR MESRA PENIAGA DI MELAKA BUKAN RUANG AMBIL KESEMPATAN
AYER KEROH 23 April - Peniaga di sekitar Bandaraya Melaka diingatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan...
MELAKA WUJUDKAN PUSAT INKUBATOR, GALAK USAHAWAN HASILKAN PRODUK SENDIRI
AYER KEROH 23 April - Melaka bakal meraih satu lagi pencapaian dalam landskap keusahawanan menerusi penubuhan sebuah pusat inkubator pada...
RUMAH TRANSIT JADI TEMPAT BERTEDUH SEMENTARA, SUSUN SEMULA KEHIDUPAN
SERKAM 23 April - Rumah Transit Rimbunan Kasih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bukan sekadar menjadi tempat berteduh sementara,...
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...