Tun Dr. Mohd Ali zahirkan rasa dukacita bencana banjir

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

SERI NEGERI 25 Ogos – Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan diminta melaksanakan semua projek rancangan tebatan banjir di kawasan Alor Gajah dan seluruh Melaka mengikut jadual yang ditetapkan.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam berkata ia bagi memastikan bencana banjir yang menjejaskan penduduk di negeri ini dapat dielakkan.

“Baru-baru ini Negeri Melaka dikejutkan dengan kejadian banjir sekitar Masjid Tanah dan Alor Gajah, saya turut sedih serta berdukacita atas kejadian tersebut.

“Saya difahamkan peristiwa banjir kali ini merupakan antara yang terburuk pernah dialami di kawasan ini, ramai penduduk terkesan dan telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang disediakan.

“Saya mengucapkan syabas dan terima kasih atas tindakan pantas Kerajaan Negeri dalam membantu mangsa-mangsa yang terjejas terutamanya urusan perpindahan, penyaluran sumbangan dan bantuan makanan serta terkini urusan pembersihan pasca banjir,” kata Tun Dr Mohd Ali.

Tun Dr, Mohd Ali berkata demikian ketika berucap pada Pembukaan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di- Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Istiadat di Seri Negeri, pagi ini.

Selain itu, Tun Dr. Mohd Ali turut mengucapkan penghargaan kepada semua petugas, sukarelawan dan pihak yang bertungkus lumus membantu serta menyantuni mangsa-mangsa yang terjejas akibat bencana melanda.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

191
Kongsi :
Previous post 17 das tembakan pembuka Istiadat Penganugerahan
Next post KSN dahului penerima Darjah Kebesaran Melaka
Ubah saiz-+=