FAMA Melaka anjur jualan murah sempena merdeka

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

JASIN 24 Ogos – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka menyasarkan nilai jualan RM410,000 menerusi Program Jualan Khas Sempena Sambutan Kemerdekaan ke-67 tahun ini.

Pengarah FAMA Melaka, Nor Azhar Abdul Hamid berkata, pihaknya juga menjangkakan seramai 82,000 pengunjung akan berkunjung ke seluruh pasar tani yang ada di negeri ini.

“Menerusi program ini, kita anjurkan jualan khas di Pasar Tani Jasin dengan menyasarkan nilai jualan sebanyak RM60,000 melibatkan seramai 1,500 pengunjung.

“Justeru, kita juga membuat Kombo Jualan Agro MADANI yang menyediakan 100 set barang keperluan harian seperti tepung, minyak, gula dan bihun dengan harga lebih rendah.

“Selain Pasar Tani Jasin, kita ada tujuh lokasi lain dijalankan secara berperingkat iaitu Pasar Tani Lubok China, Pasar Tani Masjid Tanah, Pasar Tani Ayer Molek, Pasar Tani Merlimau (Ahad), Pasar Tani Taman Maju dan Pasar Tani Alor Gajah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jualan Khas Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-67 @ Pasar Tani Jasin di sini, hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Pengarah Kanan Pembangunan Institusi Pemasaran FAMA, Isa Hamzah.

Mengulas lanjut, Nor Azhar berkata program jualan khas itu diadakan selama tiga hari dan akan berakhir 25 Ogos (esok).

“Alhamdulillah saya lihat sambutan di Pasar Tani Jasin sangat menggalakkan apabila pengguna mula datang seawal jam lapan pagi lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1827
Kongsi :
Previous post Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka diadakan esok
Next post Bandar Botani Parkland Jasin sedia 4,000 unit kediaman
Ubah saiz-+=