Tun Dr. Mohd Ali ‘bapa perpaduan’ rakyat Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 24 Ogos – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam disifatkan sebagai ‘bapa’ perpaduan dan pemimpin yang amat menitikberatkan aspek jati diri serta semangat cintakan negara.

Ia dapat dilihat menerusi suntikan idea dan pandangan yang sering diberikan dalam penganjuran Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, pertandingan yang memasuki edisi kelima itu semakin mendapat perhatian ramai apabila pelbagai pendekatan baharu diperkenalkan hasil buah fikiran Tun Dr. Mohd Ali.

“Tun Dr. Mohd Ali seorang yang berjiwa rakyat dan amat menyokong sebarang bentuk penganjuran program membabitkan penglibatan masyarakat pelbagai kaum demi memastikan keharmonian dapat dicapai di negeri ini.

“Secara peribadi sebagai Exco, saya melihat Tun Dr. Mohd Ali seorang yang senang untuk berkongsi pandangan dan pendapat contohnya bagi penganjuran pertandingan pidato ini, di mana ia menjadi semakin menarik dan mendapat sambutan hebat hasil idea yang dicurahkannya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya itu, Tun Dr. Mohd Ali juga menjadi bukti pemimpin berjiwa rakyat apabila sering turun padang menziarahi rakyat yang ditimpa kesusahan meskipun berdepan jadual harian yang padat.

“Seperti yang kita lihat aktiviti harian Tun Dr. Mohd Ali sentiasa dikelilingi rakyat sama ada beliau menziarahi rakyat atau hadir ke program tanpa perlu protokol.

“Beliau juga masih mudah didekati, sama seperti ketika beliau menjadi Ketua Menteri Melaka suatu ketika dulu.

“Malah, Tun Dr. Mohd Ali juga amat peka terhadap pembangunan Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang banyak membawa perubahan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

135
Kongsi :
Previous post Pesilat Melaka sambar tiga emas
Next post Melaka cuba beri segalanya demi ‘ibu segala pingat’
Ubah saiz-+=