Melaka cuba beri segalanya demi ‘ibu segala pingat’
AYER KEROH 24 Ogos – Melaka akan berusaha sedaya upaya dalam merealisasikan harapan untuk meraih pingat emas pertama dalam acara bola sepak lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak.
Ketua Jurulatih Melaka Mohd Noor Md Derus berkata, walaupun Melaka tidak dianggap sebagai pasukan pilihan, namun para pemainnya telah membuktikan hasil semangat juang dan kerja keras mereka mampu sampai ke pentas akhir.
Justeru, peluang yang ada akan dimanfaatkan sebaiknya dalam menampilkan aksi terbaik demi menggengam ‘ibu segala pingat.
“Kita tidak nafikan Wilayah Persekutuan merupakan pasukan yang kuat, tetapi di final, kita akan cuba sedaya upaya untuk berikan yang terbaik.
“Sudah tentu kita akan bermain cara kita sendiri dan buat sehabis baik di final untuk membawa pulang pingat emas ini,” katanya dalam wawancara bersama Suara Sarawak.
Dalam pada itu, Mohd Noor turut merakamkan ucapan penghargaan kepada pemain-pemainnya yang telah memberikan yang terbaik sepanjang temasya SUKMA XXI berlangsung.
Katanya, kredit juga perlu diberikan kepada barisan kejurulatihan dan semua yang terlibat dalam merealisasikan perjalanan pasukan hingga ke perlawanan akhir.
Untuk rekod, perlawanan akhir bola sepak lelaki bakal berlangsung di Stadium Mukah, pada jam 3 petang ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
POLIS BERKAS EMPAT LELAKI DISYAKI TERLIBAT KEGIATAN SAMUN DI SERI ISKANDAR
IPOH 22 Disember - Empat lelaki diberkas polis tidak sampai 24 jam selepas disyaki terlibat dalam kegiatan samun di kawasan...
‘TUAH’ BAKAL TIMANG ANAK KEDUA
AYER KEROH 22 Disember - Johan Cabaran Joran Melaka 2024 menganggap kemenangannya sebagai rezeki anak kedua yang bakal lahir pada...
750 SERTAI CABARAN JORAN MELAKA 2024, TASIK AYER KEROH ‘PORT BAHARU’ MEMANCING
AYER KEROH 22 Disember - Seramai 750 peserta menyertai pertandingan memancing pada Cabaran Joran Melaka 2024 sempena Tahun Melawat Melaka...
LARIAN BUDAYA DUYONG LUAR BIASA, PECAH REKOD MBOR
DUYONG 22 Disember - Larian Budaya Antarabangsa Duyong Kita 2024 berjaya mencipta rekod dan mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records...
KANAK-KANAK MAUT, MOTOSIKAL DINAIKI EMPAT BERANAK TERLIBAT KEMALANGAN
BATU PAHAT 22 Disember - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut manakala bapa dan dua lagi kanak-kanak cedera selepas motosikal...
LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONG KITA LEBIH LUAR BIASA TAHUN HADAPAN
DUYONG 22 Disember - Larian Budaya Antarabangsa Duyong Kita akan diangkat menjadi acara Kerajaan Negeri bersempena penganjuran Hari Pelancongan Sedunia...