Regu takraw lelaki Melaka raih emas

Masa Membaca:33 Saat

AYER KEROH 23 Ogos – Kem sepak takraw menghadiahkan pingat emas ke-13 buat Melaka dalam aksi final regu lelaki, sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Muhibah, Bintulu, Sarawak, regu Melaka berjaya mencipta kemenangan 2-1 ke atas Perak, sekali gus menjadi pingat tunggal dibawa pulang ke bumi Melaka dalam acara sepak takraw.

Pada aksi itu, regu Melaka bagaimanapun terlebih dahulu tewas 12-15 pada set pertama, sebelum bangkit dalam aksi penuh dramatik dengan kemenangan 17-15.

Di set terakhir, trio Melaka bagaikan sukar ditandingi apabila mudah memenangi perlawanan dengan kemenangan 15-4, sekali gus mengesahkan kemenangan mutlak untuk pingat emas.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3884
Kongsi :
Previous post MTQN cungkil bakat anak yatim
Next post 6,800 peserta terlibat perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67
Ubah saiz-+=