Bandar Botani Parkland Jasin sedia 4,000 unit kediaman

Masa Membaca:2 Minit, 37 Saat

JASIN 24 Ogos – Bandar Botani Parkland Jasin menjadi pembangunan pertama di Melaka yang berkonsepkan keseimbangan gaya hidup berkualiti untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira jenis kediaman.

Pengarah Urusan Parkland Group, Datuk Victor Tan berkata Bandar Botani Parkland Jasin terbahagi kepada 10 fasa utama dengan keseluruhan 4,000 unit kediaman dan rumah kedai dalam proses pembangunan.

Victor berkata, setakat ini tiga fasa sudah dibuka, sementara itu dua fasa membabitkan Fasa 1A serta Fasa 2A dilancarkan pada 2021 dengan komponen 700 unit kediaman, 102 unit kedai pejabat dua tingkat selain satu unit gerai majlis.

6203720023441260515
PENGARAH Urusan Parkland Group, Datuk Victor Tan. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Kami turut membina sebanyak 800 unit rumah Bahagia (rumah kos sederhana rendah) dan Rumah Impian B (rumah mampu milik) Bandar Botani Parkland Jasin yang mana Fasa 2A hampir 400 unit telah habis dijual serta didiami sejak 2023.

“Baki unit dalam Fasa 2B akan diserahkan kepada pembeli hujung tahun ini. Parkland memberi keutamaan bagi pembangunan fasa-fasa melibatkan Rumah Bahagia dan Rumah Impian B pada awal pembangunan bandar ini,” katanya.

6203720023441260517
MEDAN Selera Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) di Bandar Botani Parkland, Jasin. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Lebuh Jasin Selatan, Jalan Jasin Selatan-Bukit Kajang, Taman Rekreasi (Taman Bandar Parkland) & Medan Selera Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) di Bandar Botani Parkland, baru-baru ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad dan Pegawai Daerah Jasin, Datuk Rahizi Ranom.

6203720023441260500
MAJLIS Pelancaran dan Perasmian Pembukaan Lebuh Jasin Selatan, Jalan Jasin Selatan-Bukit Kajang, Taman Reaksi (Taman Bandar Parkland) & Medan Selera Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) di Bandar Botani Parkland, Jasin, disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Menurut Victor, usaha itu adalah komitmen Parkland terhadap usaha dan inisiatif kerajaan selaras dengan Dasar Perumahan Melaka untuk menyediakan kediaman buat golongan B40 dan M40.

“Pihak kami berusaha menyediakan produk perumahan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan demi memastikan keperluan perumahan masyarakat dapat dipenuhi.

“Justeru, kami menyediakan kemudahan infrastruktur lebuh raya empat lorong beserta kemudahan lampu awam menghubungkan bandar ini ke Bandar Jasin dan Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) seterusnya ke Bandar Melaka.

“Lebuh raya ini turut menghubungkan Bandar Jasin Bestari ke Tol Jasin atau Lipat Kajang dengan tempoh masa lebih singkat,” katanya.

Mengulas lanjut, Victor berkata pihaknya membelanjakan hampir RM100 juta untuk pembangunan infrastruktur tersebut dengan jarak 4.173 kilometer.

“Kos pembinaan sebanyak 84.46 peratus ditanggung Parkland dan sebanyak 15.54 peratus ditanggung pihak Scientex.

“Kerjasama pihak Scientex ini merupakan usaha meningkatkan jaringan pengakutan kepada pembeli perumahan kami dan masyarakat setempat.

“Lebuh Jasin Selatan ini mengurangkan tempoh perjalanan dari Tol Jasin ke Bandar Jasin yang mengambil masa selama tujuh minit berbanding sebelum ini selama 30 minit,” katanya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh hadir pada Majlis Perasmian Medan Selera Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) di Bandar Botani Parkland, Jasin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1106
Kongsi :
Previous post FAMA Melaka anjur jualan murah sempena merdeka
Next post Tun Dr. Mohd Ali mahu program keagamaan terus subur di Melaka
Ubah saiz-+=