Sorting by

×

Memanah Compound Lelaki sumbang perak untuk Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 23 Ogos – Sukan Memanah acara Compound Lelaki menghadiahkan pingat perak buat Melaka pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI, semalam.

Pada aksi final di Lapang Sasar Memanah Petra Jaya, Sarawak, atlet Melaka S. Praveen berjaya memberi saingan sengit kepada atlet Perak, Adam Danish Darwish Mohd Zaini sebelum tewas 136-140.

Setiausaha Persatuan Memanah negeri, Fazrullah Rahmat berkata atlet negeri telah memberikan saingan yang hebat kepada pihak lawan namun rezeki tidak menyebelahi dan terpaksa akur.

“Bagaimanapun, dengan masa berlatih yang singkat, atlet negeri mampu memberikan pingat kepada Melaka, itu memadai memandangkan SUKMA lepas tiada sebarang pingat dihadiahkan dari kontinjen memanah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu dalam saingan wanita, pemanah Johor Nur Farah Aziera Shamsuddin mendahului satu mata untuk memenang emas, mengecewakan M Pristiswary dari Pulau Pinang dengan 138-137 manakala wakil Pahang, Safi Qurratu Aini Saifol Anuar memanah gangsa.

Terengganu dan Perak masing-masing mengungguli kategori compound berpasukan lelaki dan wanita, apabila menumbangkan Sabah (226-221) dan Johor (221-220) dalam perlawanan penentuan pingat emas.

Trio lelaki Terengganu diwakili Muhammad Aiman Syafiq Mohd Tariki, Muhammad Amiruddin Zulkifli dan Muhammad Hazmi Aisar Azmi manakala Fatiha Uzzair, Nur Qurratul Zaqieya Mohd Yusuf dan Puteri Nuryn Jazlina Hairol Supfian wakil wanita Perak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

219
Kongsi :
Previous post Cuti 26 Ogos tidak wajib untuk pekerja swasta
Next post Invest Melaka bantu usahawan PKS ke arah digital
Ubah saiz-+=