Sorting by

×

Invest Melaka bantu usahawan PKS ke arah digital

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 23 Ogos – Invest Melaka Berhad komited untuk membantu kumpulan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Melaka untuk ke arah transformasi digital menerusi pelaksanaan seminar dengan kerjasama syarikat perkhidmatan luar.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Berhad, Datuk Ginie Lim Siew Lin berkata, usaha tersebut adalah bagi memberikan galakan kepada mereka untuk lebih berdaya saing dan terokai teknologi digital.

“Kami di Invest Melaka terus menyokong usahawan PKS negeri ini menerusi pelaksanaan seminar berkaitan transformasi teknologi digital.

“Pelaksanaan seminar ini adalah sasaran kami (Invest Melaka) memandangkan pada tahun hadapan (2025), e-Invois akan dilaksanakan, jadi seminar hari ini dengan kerjasama RICOH amat penting untuk bawa kesedaran dan galakan untuk mereka ke arah digital,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke Seminar On Finance Automation & E-Invoicing anjuran RICOH (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Invest Melaka Berhad di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah Urusan RICOH (M) Sdn Bhd, Alice Lee.

Whatsapp Image 2024 08 22 At 3.57.27 Pm
LEBIH 120 peserta terlibat dalam penganjuran seminar tersebut.

Lebih 120 peserta hadir dalam seminar tersebut, yang mana menyaksikan setiap mereka terdiri daripada golongan usahawan dan orang awam.

Sementara itu, Ginie menyatakan harapan agar peserta yang terlibat memanfaatkan seminar ini sebaiknya memandangkan ini adalah peluang terbaik mereka untuk menjana daya saing perniagaan mereka amnya.

“Harapan kami adalah untuk melihat setiap peserta seminar ini dapat manfaatkan segala input yang disampaikan.

“Malah, pelaksanaan seminar ini juga adalah selari dengan sasaran kerajaan untuk ke arah New Industrial Master Plan 2030 (NIMP 2030),” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

152
Kongsi :
Previous post Memanah Compound Lelaki sumbang perak untuk Melaka
Next post Fahami terma dan syarat sebelum buat penebusan
Ubah saiz-+=